Thursday 8 December 2011

ainceloteh: penat wat blog baru

aku rase capek tol wat blog baru.. weyh.. tolong aku.. aku tak reti wat blog.. stakat ngarut2 aku taw la.. ni nak wat blog pendidikan memang aku tak reti.. aku da ngadap lappy selama 4 jam, tapi blog baru aku tu langsung tak memuaskan hati aku.. cam hampeh jew... aku godek2 pun cam gitu gak.. tah ape tah... esok aku ingat aku nak balik jumpe laki aku lar.. aku nak bebel kat dia sorang.. aku nak nangis2 kat bahu dia.. nak cakap aku kena buli kat sini.. (hahhaha..ade ke camtu).. tapi aku tetapp berusaha gak nak wat blog.. untuk markah asggtment aku lah kan.. kalau tak tak denye a aku nak wat...

ainceloteh: Sedekah nk kena ikhlas..

pernah tak nampak perempuan dalam lingkungan usia 40 an, pakai baju kurung yang ketinggalan zaman, compang-camping, tudung ikat reben kat leher, pastu dukung anak kecik sambil duduk bersila kat kaki lima. di depan perempuan tu ada cawan plastik buruk? kalau tak pernah pergilah ke pkns shah alam. ada. kat mana-mana pun banayk. senario yang lebih kurang sama. cuma yang berbeza cuma mungkin lelaki,  tak ada kaki, atau mata buta.. macam-macam lah.. selalu membe pelik tengok aku, aku tak derma pun kat diorang.. nape yer??? aku kedekut ke? tak sayang, kalau nak derma biarlah ikhlas dan melalui saluran yang betul. contohnya derma kat tabung masjid ke, pergi kat rumah orang yang susah, bantu mana yang mampu.. kalau tak mampu, senyum la. senyum tu kan sedekah.... entah la.. memang la kesian tapi aku pun tak taw la nape kan aku tak pulak menderma.. kenape yea???

Thursday 18 August 2011

My Girl.


She is the best thing in my world.



She support me no matter what.


Sometimes I felt that she is the only hope left.


 I wish I can be with her everyday.


When I took nice short, she will give me a lot of compliment.


She is simple girl.


Simple but unpredictable. 


Her hair is the best part of her.


She never tired be my experiment. She loved it.


Just look at her, so adorable.


I am her 1`st fanatic fan.

Aku pelik sangat ke? cuba baca ni pulak..


selalu sangat aku dengar orang cakap aku pelik. paling tak tahan bila pensyarah aku sendiri cakap aku ni naif aka lurus bendul. benarkah kenyataan itu? tapi sebenarnya itulah hakikatnya. manusia biasa, kalau kita lihat ada manusia lain yang berbeza dari kita, kita mulalah nak komen itu ini. aku pun macam tu. pagi tadi lepas sahur, membe bagi tazkirah ramadhan.. insaf dan asik teringat kata-kata dia.. terima kasih wahai sahabat. kalau orang masih lagi nak nasihatkan kita, maknanya orang tu masih lagi sayangkan kita. sepanjang hidup aku, ramai manusia yang aku jumpa. macam-macam ragam. aku sendiri pun pelik. baiklah, aku senaraikan ape yang pelik pasal aku dulu, lepas itu aku senaraikan pulak manusia yang UNIK pada pandangan aku.

yang PELIK tentang aku.
1) tak yakin diri kalau tak bersolek kemana-mana. rasa diri sangat hodoh dan buruk.
2) tidur mengigau-ngigau..
3) tak suka mandi pagi. walau tak suka, aku tetap mandi tau.
4) kadang-kadang suka buat lawak tak masuk akal aka lawak bodoh.
5) sangat suka tengok perempuan cantik. kalau tengok kalau boleh tak nak lepas..
6) lelaki yang orang lain kata hensem, bagi aku biasa dan tak ada apa yang menarik. inikan pula yang tak hensem.
7) suka lelaki berjanggut. memang taste aku.
8) boleh bersajak, menulis sajak, berpantun, pidato, berlakon, melukis, bersyair, debat
9) orang biasa keliru dengan nombor ic aku, terutama pihak bank, 91111010xxxx.. banyak satu. hahaha
10) memang kuat tido.
11) masih lagi suka tengok kartun dan anime. malah kalau boleh nak kumpul semua tentang anime. tapi belum tahap otaku. sanggup tak makan beli komik punya pasal.
12) kalau tengah buat kerja terutama assigment, memang serius giler. tiba-tiba berubah watak jadi serius.
13) cepat berubah watak. jangan terkejut kalau aku bertukar jadi hulk bila marah.
14) kadang tu memang naif. cakap strait dari hati. no belok-belok.
15) kalau da menghadap tv atau kamik, jangan harap la aku dengar apa yang berlaku kat sekeliling. ni aku da ubah siket.
16) kalau aku tak setuju dengan sesuatu perkara, aku cakap je. bagi aku, aku ada hak untuk buat keputusan. tak boleh pijak kepala aku suka-suka.
17) aku ni kawan yang setia.
18) suka memasak tapi pemalas bab mengemas. bab kain langsung payah nak suruh aku. tapi tak nak kena bebel punya pasal, aku buat jugak.
19) bila aku marah, aku marah time tu je. pastu dah takda dah. pastu mesti menyesal sebab marah walaupun aku memang patut marah masa tu. pelik.
20) bukan pencerita yang baik, tapi pendengar yang baik. sanggup tadah telinga, dan dengar masalah atu luahan hati seseorang. terutama untuk membe. bukan puji diri sendiri ke apa, tapi itu hakikat.
21) sangat pelupa, benda baru berlaku pun da terlupa. buat kawan-kawan, sila perhatikan saya, selalu cicir dompet n henset dimana-mana.

ni pulak manusia UNIK yang aku jumpa.

1) sangat pemaaf dan tak kisah. sedar orang lain mempergunakan dia, tapi tak cakap apa pun. sekadar diam diri.
2) wajah biasa-biasa, tapi baik, sangat menjaga agamanya, cerdik, belajar luar negara, merendah diri walaupun anak orang berada, nasihat dia aku paling suka nak dengar. biarlah dia marah, aku sangat suka dia nasihat aku. (ex aysk juga)
3) wajah sangat cantik, mata hazel dan bulat, pandai, lemah lembut, menjaga diri dan agamanya, anak orang berada, tinggi, bibir pink semulajadi. (ex aysk boleh teka siapa tak?)
4) dua orang kawan baik, kemana sahaja berdua, mkan bersama, suma sama-sama, tapi saling mengumpat antara satu sama lain di belakang. benda kecik pun nak dibesarkan. tapi masih lagi kehulu hilir bersama. persahabatan jenis apa ini?
5) alim, bertudung, siap pakai armsock, solat tak tinggal, tapi suka sangat mengumpat pasal orang lain,benda kecik jadi besar, paling tak boleh belah suka tengok video lucah. katanya persediaan sebelum kawen.??????
6) sanggup menipu dan bersusah payah untuk melindungi kawan padahal kawan tu pernah tikam dia dari belakang. 
7) tak pakai tudung, gedik sana sini, solat pun liat tapi tak pernah merendahkan kawan-kawannya. tak mengumpat, dan sanggup bersusah payah demi kawan. tak pernah memilih kawan walaupun dirinya cantik dan berasal dari keluarga yang berada.
8) suka menasihatkan orang lain, tapi tak suka dinasihati dan paling tak suka bila orang bagi semangat pada dia.
9) bila timbul masalah, dia sangat suka mencari kesalahan orang lain. benda kecik nak dibesarkan. rahsia tak pandai menyimpan, mengata orang lain gedik dengan lelaki, padahal tak reti mencermin diri. diri sendiri suka berkawan dengan lelaki-lelaki yang tak dikenali.
10) kat fb sikit punya alim, bertudung, siap pos hadis2 suma, tapi kat luar rambut berkarat, pakai skrit pendek dan ketat. UNIK!!
10) fanatik dengan korea tapi result exam gempak. cemane tu? bole bagi tips??


jadi sekarang macam mana? kita terima je orang lain. kita tak sempurna, jangan asik nak cari keUNIKan orang lain je. kan lebih baik diam. aku pun tak sempurna dan PELIK, jadi janganlah pelik. klau aku ada buat salah tegurlah. aku ni pelupa. jangan risau, aku ni susah nak marah. tapi kalau aku dah marah maknanya benda tu betul2 menjengkelkan aku lah. dan kalau kita rasa tak mampu nak betulkan kesalahan orang tu, kita doa je la dia berubah. sentiasa kenang kebaikan orang tu. dengan itu, hati kita akan sentiasa bersih. dibulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama maafkan kesalahan orang lain ye. walaupun kita rasa orang tu yang bersalah, tapi tak salah kita mintak maaf. biarlah orang tu dengan ego dia. zaman dah moden, kalau malu nak berdepan, mesej je la. surat ke kalau nak lagi romantik. hahah..  inilah antara nasihat membe aku mase lepas sahur tadi. masih Role lagi nasihat dia kat kepala aku. terima kaseh ye FARAH AMIRAH BINTI MUHD DAUD. lain kali aku tazkirah ko pulak. haha.. :P